MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE SMJ DI PUBLIC BANK CAWANGAN TAMPOI, JOHOR
NUBE SMJ telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Public Bank Cawangan Tampoi bagi memilih Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu serta memperkukuhkan hubungan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan ahli.
Program ini dihadiri oleh Jawatankuasa Cawangan, Sdr Shariffudin Hassan dan Sdr Mohamad Heillis Misdi, bersama Jawatankuasa Kerja, Sdr Mazuwan Khan Muzaffar Dad.
Antara perkara utama yang dibincangkan:
- Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu
- Kepentingan solidariti dalam menghadapi dan menyelesaikan isu-isu pekerjaan
- Perkembangan terkini rundingan Collective Agreement (CA)
- Mempertahankan maruah, hak dan kepentingan pekerja
Mesyuarat ini turut memberi peluang kepada ahli untuk meningkatkan kefahaman mengenai hak-hak pekerja, perkembangan semasa serta kepentingan penglibatan aktif dalam memperkukuhkan kesatuan.
Tahniah kepada barisan IRC yang baharu dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh komitmen demi menjaga kebajikan, hak dan kepentingan seluruh ahli.
HIDUP NUBE. HIDUP PEKERJA.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #PerwakilanPekerja #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #EmployeeRepresentation #CollectiveAgreement #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now