22 Nov 2026

BERITA NUBE

 

SUARA PERJUANGAN NUBE BERGEMA DI PENTAS ANTARABANGSA!

NUBE MEMBAWA PERJUANGAN HAK PEKERJA KE BENGALURU, INDIA!

Pada 20 November lalu, Ketua Delegasi NUBE, Bro Gobiraj a/l Sithambaram, telah menyampaikan ucapan di Persidangan WFTU Asia-Pasifik 2026 mengenai tekanan dan cabaran yang dihadapi oleh kesatuan sekerja dalam mempertahankan hak pekerja di Malaysia.

Beliau mengetengahkan bagaimana pekerja dan kesatuan sekerja berdepan tekanan serta ugutan, termasuk daripada pihak yang sepatutnya melindungi hak mereka.

Mesej beliau jelas: Segala tekanan dan ugutan tidak akan sekali-kali mematahkan semangat perjuangan NUBE yang kekal teguh sejak tahun 1958.

Persidangan ini turut dimulakan dengan ucapan penuh bermakna daripada wakil Palestin yang berkongsi penderitaan pekerja yang kehilangan pekerjaan, pendapatan dan tempat tinggal akibat peperangan.

Beliau mengemukakan satu persoalan yang menyentuh asas perjuangan maruah pekerja di seluruh dunia:

“Apakah ertinya pekerjaan yang bermaruah jika pekerja tidak mempunyai peluang untuk bekerja?”

Dari Malaysia ke Palestin dan seluruh dunia, perjuangan mempertahankan hak, maruah dan keadilan pekerja tidak mengenal sempadan.

Seperti yang ditegaskan oleh Bro Gobiraj:

“Solidariti antarabangsa bukan sekadar slogan. Ia adalah kekuatan kita, tanggungjawab kita dan senjata kita dalam perjuangan bersama menuntut keadilan.”

PENCABULAN HAK SEORANG PEKERJA ADALAH PENCABULAN HAK SEMUA PEKERJA!

#NUBE #NUBEMalaysia #WFTU #WFTUAsiaPacific2026 #HakPekerja #MaruahPekerja #KeadilanPekerja #SolidaritiPekerja #SolidaritiAntarabangsa #KebebasanBerkesatuan #PerjuanganPekerja #SolidaritiPalestin #WorkersRights #WorkersDignity #WorkersJustice #WorkersSolidarity #InternationalSolidarity #TradeUnionRights #FreedomOfAssociation #DignityOfLabour #DecentWork #SolidarityWithPalestine #WorkersRightsAreHumanRights

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my