SKIM INSURANS TAKAFUL IKHLAS FAMILY BERHAD
NUBE dengan kerjasama Takaful Ikhlas Family Berhad menyediakan skim-skim insurans takaful dalam usaha mempelbagaikan produk perlindungan takaful/insurans untuk ahli-ahli NUBE dan anggota keluarga mereka.
Skim takaful/insurans yang ditawarkan terdiri daripada Ikhlas Flexi-EB Takaful (Golden Retirement Pension Scheme).
Skim ini terbuka kepada ahli-ahli NUBE, dan suami/isteri dan anak mereka. Umur kelayakan Ahli & Pasangan dari 18 tahun hingga 59 tahun. Umur kelayakan Anak 30 hari hingga 17 tahun.
Skim ini menyediakan Manfaat Asas dan Manfaat Tambahan yang akan memanfaatkan mereka yang dinamakan dalam caruman/premium yang dibeli.
Untuk maklumat lanjut, ahli-ahli boleh menghubungi Ibu Pejabat NUBE atau Wakil NUBE di peringkat wilayah (cawangan) mereka. Mereka yang berminat perlu mengisi borang permohonan dan menyerahkan melalui Ibu Pejabat NUBE atau Wakil NUBE.