NUBE PERKUKUH SOLIDARITI PEKERJA ANTARABANGSA DI INDIA!
Delegasi yang mewakili NUBE dan NUDFIW kini berada di Bengaluru, India, bagi menyertai WFTU Asia-Pacific Regional Conference 2026 yang berlangsung pada 20 November 2026.
Delegasi ini terdiri daripada:
Ketua Delegasi:
Bro Gobiraj a/l Sithambaram (NUBE)
Ahli Delegasi:
• Bro Muhamad Shaimi bin Abdul Wahab (NUBE)
• Bro Mohd Asyraf bin Halim (NUBE)
• Bro Mohamed Ayup bin Abdul Razak (NUBE)
• Bro Hasri Noviza bin Zakaria (NUDFIW)
Persidangan ini menghimpunkan wakil kesatuan sekerja dari seluruh rantau Asia-Pasifik untuk memperkukuh solidariti antarabangsa serta berkongsi pengalaman dalam mempertahankan hak pekerja.
Berteraskan tema “Dignity of Labour Through Decent Working Conditions” dan “Workers’ Rights Are Human Rights”, persidangan ini menekankan kepentingan kebebasan berkesatuan, perundingan kolektif, piawaian buruh antarabangsa serta kebebasan dan autonomi kesatuan sekerja.
Bagi NUBE, solidariti antarabangsa bukan sekadar menghadiri persidangan. Ia merupakan peluang untuk menimba pengetahuan, memperluas jaringan kerjasama dan memperkukuh perjuangan bersama demi mempertahankan hak, kebajikan serta maruah pekerja.
Merentasi sempadan, solidariti kita semakin kukuh!
HIDUP SOLIDARITI PEKERJA!
#NUBE #NUBEMalaysia #NUDFIW #WFTU #WFTUAsiaPacific #SolidaritiPekerja #SolidaritiAntarabangsa #HakPekerja #MaruahPekerja #KebebasanBerkesatuan #PerundinganKolektif #KesatuanSekerja #PerjuanganPekerja #WorkersSolidarity #InternationalSolidarity #WorkersRights #WorkersDignity #FreedomOfAssociation #CollectiveBargaining #TradeUnionRights #DecentWork #WorkersRightsAreHumanRights
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now