DALAM ISU FA, APAKAH YANG SEBENARNYA DIPUTUSKAN MAHKAMAH?
Ramai mengetahui Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dalam isu FA. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengetahui apa yang sebenarnya diputuskan oleh Mahkamah.
Ramai menyangka Mahkamah membuat keputusan tentang sama ada pekerja layak menerima FA atau tidak. Hakikatnya, Mahkamah sedang meneliti bagaimana pertikaian FA itu dikendalikan, khususnya tindakan bekas Menteri Sumber Manusia ketika proses runding damai masih sedang berlangsung.
Antara dapatan paling penting Mahkamah ialah apabila ia memutuskan bahawa YB Steven Sim telah memasuki gelanggang pertikaian dan menyokong MCBA dalam isu FA, sedangkan pada ketika itu pertikaian masih berada dalam proses runding damai yang sepatutnya dikendalikan secara berkecuali.
Mahkamah seterusnya mendapati bahawa tindakan tersebut telah mencabuli amanah dan keyakinan yang diletakkan pada jawatan beliau, menjejaskan proses statutori yang diwujudkan bagi memastikan penyelesaian pertikaian secara berkecuali, serta bertentangan dengan objektif Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Mahkamah juga memutuskan bahawa beliau telah menunjukkan sikap berat sebelah, dan keputusan untuk merujuk pertikaian tersebut ke Mahkamah Perusahaan telah dicemari oleh ketidakmunasabahan.
Ini bukan sekadar pandangan NUBE.
Ini adalah dapatan Mahkamah Tinggi.
Sebab itulah isu FA kini melangkaui pertikaian antara NUBE dan MCBA. Ia menjadi persoalan sama ada pekerja boleh terus yakin bahawa proses yang diwujudkan untuk melindungi hak mereka benar-benar adil dan berkecuali.
Mahkamah telah membuat dapatan yang jelas. Kini tiba masanya keadilan itu diterjemahkan kepada tindakan.
One for all, all for one.
#IsuFA #DapatanMahkamah #KeadilanUntukPekerja #HormatiProses #HakPekerja #SuaraPekerja #PerjuanganNUBE #FAIssue #HighCourtFindings #JusticeForWorkers #DueProcess #WorkersRights #NUBE #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now