MENGAPA ISU FA MASIH BELUM SELESAI HINGGA HARI INI?
Sudah lebih dua tahun berlalu, namun persoalan ini masih bermain di fikiran ramai ahli.
Ramai ahli mengikuti perkembangan isu FA sejak hari pertama. Namun untuk memahami mengapa ia masih belum selesai hingga hari ini, kita perlu melihat semula bagaimana pertikaian ini berkembang dari satu peristiwa ke satu peristiwa.
Apabila MCBA enggan membayar FA seperti yang dituntut NUBE, kedua-dua pihak telah mengadakan pertemuan untuk mencari penyelesaian. Apabila pertemuan itu gagal mencapai persetujuan, MCBA telah merujuk pertikaian FA kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Namun, rujukan itu dibuat tanpa terlebih dahulu melaksanakan remedi dalaman yang telah dipersetujui bersama menerusi Artikel 4(5) Perjanjian Kolektif Ke-19. Walaupun begitu, JPP tetap memulakan proses runding damai bagi mencari penyelesaian.
JPP kemudiannya mengadakan runding damai pada 21 Mac 2024. Beberapa hari kemudian, pada 27 Mac 2024, runding damai itu diteruskan dan ditangguhkan bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Dengan kata lain, proses itu masih berjalan.
Namun ketika proses runding damai itu masih berlangsung, satu perkembangan lain pula berlaku.
Menurut kronologi, antara 28 Mac hingga 1 April 2024, YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 telah bertemu dengan MCBA tanpa pengetahuan atau penglibatan NUBE. Tidak lama kemudian, bank-bank mengeluarkan pekeliling yang mengalu-alukan penglibatan beliau dalam isu FA.
Bagi NUBE, inilah titik perubahan dalam keseluruhan pertikaian FA.
Persoalannya, mengapa perkembangan itu menjadi isu yang begitu besar sehingga terus dipersoalkan oleh NUBE?
One for all, all for one.
#IsuFA #FestivalAid #KeadilanUntukPekerja #PertahankanHakPekerja #SuaraPekerja #PerjuanganNUBE #FAIssue #JusticeForWorkers #CollectiveBargaining #WorkersRights #NUBE #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now