06 Jul 2026

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI MEMPERKASAKAN KITA!

NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan Lawatan Kerja dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Public Bank Cawangan Tanah Merah, Kelantan bagi melaksanakan pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Saudari Mardiana Binti A. Rahim, Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi, AJK Saudari Siti Khadijah Binti Ya, serta Pegawai IR, Saudara Helmie Bin Ahmad.

Antara perkara yang dibincangkan:

  • Pemilihan Jawatankuasa IRC yang baharu
  • Perkembangan terkini Collective Agreement (CA)
  • Isu-isu semasa pekerja sektor perbankan
  • Hak pekerja serta kepentingan solidariti dalam memperkukuhkan kesatuan

Sesi soal jawab yang berlangsung mendapat sambutan yang menggalakkan, memberi peluang kepada ahli untuk bertukar pandangan dan mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa.

Tahniah kepada barisan IRC yang baharu dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh komitmen dalam mewakili dan mempertahankan hak serta kebajikan ahli.

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerwakilanPekerja #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #EmployeeRepresentation #CollectiveAgreement #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]