02 Jul 2026

BERITA NUBE

 

AGM & LAWATAN KERJA NUBE KT DI RHB BANK JALAN SULTAN ISMAIL, KUALA TERENGGANU

NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan lawatan kerja di RHB Bank Cawangan Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu bagi memilih Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) serta memperkukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan ahli.

Program ini dihadiri oleh AJK NUBE KT, Saudara Mat Rahim bin Harun, Saudara Nik Mohammad Zulfazlie bin Nik Mustoffa, Saudari Ida Ediawaty Binti Zakaria, Saudari Siti Khadijah Binti Ya, serta Pegawai IR, Saudara Helmie bin Ahmad.

Antara perkara yang dibincangkan:

  • Pemilihan Jawatankuasa IRC yang baharu
  • Perkembangan terkini Collective Agreement (CA)
  • Isu-isu semasa pekerja sektor perbankan
  • Hak-hak pekerja dan peranan kesatuan dalam melindungi kebajikan ahli

Sesi ini turut memberi peluang kepada ahli untuk bertukar pandangan, berkongsi cabaran di tempat kerja serta mendapatkan maklumat terkini mengenai perjuangan dan perkembangan kesatuan.

Semangat perpaduan dan solidariti yang ditunjukkan mencerminkan komitmen ahli dalam memperkukuhkan suara pekerja demi kebajikan dan masa depan yang lebih baik.

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #PerwakilanPekerja #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #EmployeeRepresentation #CollectiveAgreement #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]