LAWATAN KERJA NUBE KT BERSAMA AHLI DI KUALA TERENGGANU
NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan lawatan kerja ke Bank Islam, Affin Bank dan Bank Muamalat di Kuala Terengganu bagi mengeratkan hubungan dengan ahli serta memperkukuhkan peranan kesatuan di peringkat cawangan.
Program ini dihadiri oleh Pegawai IR, Saudara Helmie bin Ahmad, bersama AJK NUBE KT iaitu Saudara Nik Mohammad Zulfazlie bin Nik Mustoffa, Saudara Mat Rahim bin Harun, Saudari Ida Ediawaty binti Zakaria dan Saudari Siti Khadijah binti Ya.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Perkembangan terkini rundingan Collective Agreement (CA)
- Hak-hak pekerja dan kebajikan ahli
- Peranan kesatuan dalam menangani isu-isu pekerjaan
- Maklum balas dan cabaran semasa yang dihadapi oleh ahli di peringkat cawangan
Lawatan ini turut memberi ruang kepada ahli untuk berkongsi pandangan, mengemukakan cadangan serta membangkitkan isu-isu di tempat kerja bagi memastikan setiap perkara diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.
NUBE KT akan terus mendekati ahli, memperkukuhkan solidariti serta memastikan hak, kebajikan dan suara pekerja terus dipelihara dan diperjuangkan.
Bersatu Kita Teguh, Bersama Kita Kuat.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #CollectiveAgreement #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now