LAWATAN & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE DI PUBLIC ISLAMIC BANK WAKAF SIKU, KELANTAN
NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan lawatan kerja dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Public Islamic Bank Cawangan Wakaf Siku bagi mengukuhkan hubungan bersama ahli serta memperkasakan peranan kesatuan di peringkat cawangan.
Program ini dihadiri oleh Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul bin Fouzi, bersama Pegawai Perhubungan Perusahaan (IR), Saudara Helmie bin Ahmad.
Antara perkara utama yang dibincangkan:
- Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu
- Perkembangan terkini rundingan Collective Agreement (CA)
- Hak-hak pekerja dan kebajikan ahli
- Peranan kesatuan serta saluran yang betul untuk menangani isu-isu pekerjaan
Sesi ini turut memberi peluang kepada ahli untuk meningkatkan kefahaman mengenai hak mereka, perkembangan semasa serta kepentingan perpaduan dan penglibatan aktif dalam memperkukuhkan kesatuan.
Tahniah kepada barisan IRC yang baharu dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh komitmen demi menjaga kebajikan, hak dan kepentingan seluruh ahli.
Bersatu Kita Teguh, Bersama Kita Kuat.
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerwakilanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #EmployeeRepresentation #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now