16 Jun 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE SMJ KE BANK MUAMALAT TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI

NUBE SMJ telah mengadakan lawatan kerja ke Bank Muamalat Cawangan Taman Universiti, Skudai, Johor yang dipimpin oleh Bro Hafidh dan Bro Heillis, Ahli Jawatankuasa Cawangan SMJ, bersama Bro Faizal, Jawatankuasa Kerja.

Dalam lawatan tersebut, rombongan telah mengadakan pertemuan dengan Bro Masshaidil, selaku IRC cawangan, bagi membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh ahli NUBE serta perkembangan berkaitan kebajikan dan hak pekerja.

Sesi ini turut memberi ruang kepada pihak jawatankuasa untuk berkongsi maklumat mengenai peranan dan perjuangan kesatuan dalam mempertahankan kepentingan pekerja. Ahli-ahli juga diseru agar terus bersatu dan memberikan sokongan padu kepada NUBE demi memperkukuhkan suara serta kekuatan pekerja pada masa hadapan.

Bersatu Kita Teguh, Bersama Kita Kuat.

#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]