15 Jun 2026

BERITA NUBE

 

SESI SEMBANG SANTAI BERSAMA AHLI NUBE DI BANK ISLAM BANDAR TASIK PERMAISURI

Satu sesi sembang santai bersama ahli-ahli NUBE telah diadakan di Bank Islam Bandar Tasik Permaisuri, Cheras bersama wakil NUBE KLSP, Bro Mohd Faisal Bin Husin.

Antara perkara yang dibincangkan:

  • Hala tuju pekerja dalam menghadapi perubahan industri perbankan yang semakin dinamik
  • Kaedah menangani isu dan pertikaian di tempat kerja melalui saluran yang betul
  • Kepentingan pematuhan terma dan syarat pekerjaan
  • Pemahaman mengenai undang-undang pekerjaan dan Perjanjian Bersama (CA) sebagai pelindung hak pekerja

Dalam sesi tersebut, Bro Mohd Faisal menegaskan bahawa pemahaman mengenai undang-undang kerja dan CA bukan lagi satu pilihan tetapi satu kewajipan bagi setiap pekerja. Ahli-ahli perlu sentiasa bersedia dan berilmu demi mempertahankan hak serta maruah mereka di tempat kerja.

Perjumpaan yang berlangsung dalam suasana santai dan terbuka ini berjaya mengukuhkan semangat solidariti, meningkatkan keyakinan ahli serta memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai cabaran dan masa depan pekerja industri perbankan.

NUBE KEBANGGAANKU

#NUBEKLSP #NUBE #NUBEKebanggaanku #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]