10 Jun 2026

BERITA NUBE

 

NUBE SMJ KUNJUNGAN MESRA KE BANK-BANK DI ZON KULAI

Dalam usaha memperkukuhkan hubungan sesama ahli dan memastikan kebajikan pekerja terus diberi perhatian, NUBE SMJ telah mengadakan sesi kunjungan mesra ke beberapa institusi perbankan di Zon Kulai melibatkan UOB Bank, MBSB Bank dan Bank Muamalat.

Program ini dipimpin oleh Sdr Shariffudin Hassan, Jawatankuasa Cawangan NUBE SMJ, bersama Sdr Mohd Zameer Ma’arof, Jawatankuasa Kerja NUBE SMJ.

Sepanjang lawatan, wakil NUBE berpeluang berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli dan warga kerja bank bagi mendengar pandangan, mendapatkan maklum balas serta membincangkan isu berkaitan kebajikan pekerja, perkembangan industri perbankan dan peranan kesatuan.

Sesi ini turut memberi ruang kepada ahli untuk menyuarakan pandangan, berkongsi pengalaman dan mendapatkan penjelasan berkaitan hak serta kepentingan mereka sebagai pekerja sektor perbankan.

Lawatan seperti ini penting dalam mengeratkan hubungan antara kesatuan dan ahli serta memastikan suara pekerja terus didengari dan diperjuangkan.

“BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.”

#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]