PERJUMPAAN BERSAMA AHLI DI PUBLIC BANK PEKAN NENAS JOHOR
Sesi perjumpaan bersama ahli di Public Bank Pekan Nenas, Johor berlangsung dalam suasana penuh harmoni, solidariti dan semangat perjuangan pekerja industri perbankan.
Sesi ini diketuai oleh Sdra Shariffudin Hassan, AJK NUBE SMJ bersama Ketua Zon, Sdra Zameer Mohd Ma’arof, serta Sdra Mohd Norfal Zorkefrie, Jawatankuasa Kerja NUBE SMJ.
Antara agenda utama yang dibincangkan:
- Penerangan berkaitan CA & FA
- SOP dan amalan kerja di tempat kerja
- Kepentingan National Union
- Isu-isu semasa dalam sektor perbankan
Ahli-ahli turut mengambil peluang mengemukakan pelbagai persoalan kepada wakil NUBE SMJ bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu-isu semasa. Sesi soal jawab berlangsung secara terbuka, profesional dan konstruktif.
NUBE SMJ amat menghargai sokongan dan komitmen ahli-ahli di Public Bank Pekan Nenas. Kebersamaan ahli adalah kekuatan utama dalam mempertahankan hak, maruah dan masa depan pekerja industri perbankan.
Bersatu kita teguh, bersama kita perjuangkan hak pekerja.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now