26 May 2026

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) DI PUBLIC BANK BANDAR AIR ITAM - NUBE PKP

Farlim, Penang – AGM di Public Bank Cawangan Bandar Air Itam Farlim telah dihadiri oleh AJK Cawangan NUBE PKP, Sdra T. Eswaran dan Sdra Arujunan.

Antara fokus utama yang dibincangkan:

  • Pengukuhan integriti dalam organisasi

Pegawai Kesatuan menyeru ahli agar terus bergerak ke hadapan dengan penuh integriti dan semangat perpaduan.

  • Perkembangan Perjanjian Bersama (CA)

Taklimat mengenai CA turut diberikan bagi memastikan ahli memahami hak, faedah dan tanggungjawab masing-masing demi kebajikan yang lebih terjamin.

Agenda rasmi mesyuarat termasuk pelantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2026/2027 turut berjaya disempurnakan. Tahniah kepada semua yang dilantik!

Ahli-ahli turut menzahirkan penghargaan kepada Sdra T. Eswaran dan Sdra Arujunan atas kesudian turun padang, mendengar maklum balas serta bertukar pandangan dalam suasana yang santai dan produktif.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #IntegritiPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #CollectiveAgreement #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]