Kenali Wira-Wira Best IRC NUBE 2026
Di sebalik setiap perjuangan kesatuan, ada insan-insan yang sentiasa tampil membantu ahli ketika diperlukan. Mereka mungkin tidak mencari perhatian, tetapi jasa dan komitmen mereka dirasai oleh ramai ahli setiap hari.
Hari ini, kami memperkenalkan lagi 4 penerima Best IRC Award 2026 yang menjadi antara penggerak penting semangat solidariti dalam NUBE.
Nur Adila Binti Md Nazabudin
Maybank Jalan Bank, Kuantan
Seorang IRC yang kecil tubuhnya tetapi besar semangatnya. Dikenali sebagai individu kreatif dan komited dalam membantu ahli serta menggerakkan pelbagai program dan penyelesaian untuk anggota di Kuantan.
Muhammad Sylvester Stanley Leonard Bin Abdullah
UOB Bank Head Office
Seorang yang penuh empati dan sentiasa menjadi tempat ahli mendapatkan bantuan serta sokongan. Komitmennya membantu ahli sehingga isu mereka selesai menjadikan beliau antara tulang belakang anggota di UOB Head Office.
Suhaila Binti Hamzah
RHB Bank, Kepong
IRC yang tegas, berani dan lantang mempertahankan hak ahli. Ramai ahli melihat beliau sebagai tempat rujukan utama dalam mendapatkan panduan serta sokongan berkaitan isu tempat kerja.
Hada Syahme Bin Mat Hanip
CIMB Bank, Menara UAB
Seorang IRC yang penuh semangat, berani dan sentiasa bersedia memperjuangkan isu-isu yang memberi manfaat kepada ahli. Dikenali sebagai individu yang boleh diharap dan sangat dihormati dalam kalangan ahli serta kepimpinan NUBE.
Inilah wajah sebenar kesatuan. Ahli-ahli biasa yang memilih untuk peduli, membantu dan berdiri bersama demi memastikan tiada pekerja dibiarkan bersendirian.
Kepada mereka berempat, terima kasih kerana terus menjadi kekuatan kepada ahli-ahli NUBE.
Bersama Kita Kuat.
One for all, all for one.
#BestIRCAward2026 #KenaliWiraKesatuan #WiraNUBE #BersamaKitaKuat #SemangatKesatuan #SolidaritiPekerja #KeluargaNUBE #SuaraPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #UnionHeroes #SolidarityInAction #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now