15 May 2026

BERITA NUBE

 

Kenali Wira-Wira Best IRC NUBE 2026

Mereka bukan sekadar ahli kesatuan. Mereka adalah antara insan yang menjadi tulang belakang perjuangan NUBE setiap hari.

Hari ini, kami memperkenalkan 4 daripada penerima Best IRC Award 2026 yang telah menunjukkan komitmen luar biasa kepada ahli-ahli dan perjuangan kesatuan.

Suhaimy Abdul Salam

Public Bank, Bukit Mertajam

36 tahun bersama NUBE dan dikenali sebagai “Hardcore IRC” yang sentiasa mempertahankan hak ahli serta tidak pernah gagal hadir dalam aktiviti kesatuan di peringkat tempatan mahupun kebangsaan.

Azlinah Bt Meera Hussain

Maybank Union Street

Seorang pejuang tegar yang sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan hak pekerja. Hampir tidak pernah terlepas piket atau program NUBE di semua peringkat.

Yong Poh Ling

Public Bank, Sungai Siput

IRC yang sentiasa tampil membantu Perak Branch dalam menjayakan aktiviti dan mengukuhkan hubungan sesama ahli melalui disiplin serta dedikasi yang tidak pernah pudar.

Azizi Bin Che In

MBSB Ipoh

Dikenali sebagai antara IRC paling aktif membantu ahli menyelesaikan isu di tempat kerja dan antara yang tertinggi memfailkan grievance demi mempertahankan hak pekerja.

Inilah wajah sebenar solidariti. Ahli biasa yang memilih untuk tampil, membantu dan berdiri bersama ketika diperlukan.

Kepada mereka berempat, terima kasih atas pengorbanan, keberanian dan semangat yang terus menguatkan NUBE.

Nantikan esok untuk siri seterusnya penghargaan khas kepada wira-wira kesatuan kita.

Bersama Kita Kuat.

One for all, all for one.

#BestIRCAward2026 #KenaliWiraKesatuan #WiraNUBE #BersamaKitaKuat #SemangatKesatuan #SolidaritiPekerja #KeluargaNUBE #SuaraPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #UnionHeroes #SolidarityForever #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]