AGM DAN LAWATAN KERJA RASMI NUBE SMJ DI MAYBANK BATU PAHAT
Maybank Jalan Zabedah, Batu Pahat, Johor
Satu Mesyuarat Annual General Meeting (AGM) telah diadakan bersempena lawatan kerja rasmi sebagai platform untuk memberi penerangan kepada ahli mengenai peranan kesatuan serta membincangkan isu berkaitan kebajikan pekerja.
Sesi ini dikendalikan oleh wakil Branch Committee (BC) NUBE SMJ:
Bro Mohd Azlan bin Nordin
Bro NorSharil bin Kamarudin
Bro Muhammad Faizal bin Mohd Yahya
Dalam sesi tersebut, ahli diberikan penerangan mengenai peranan dan kepentingan NUBE, termasuk:
- Fungsi Inter-Relation Committee (IRC) sebagai penghubung antara pekerja dan pengurusan
- Kepentingan memilih wakil IRC yang berwibawa
- Perkembangan terkini berkaitan Collective Agreement (CA) dan Festival Aid (FA)
- Aktiviti semasa NUBE Malaysia termasuk sambutan May Day
Sesi soal jawab turut membuka ruang kepada ahli untuk berkongsi pandangan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada wakil BC, sekali gus mengukuhkan kefahaman dan semangat solidariti dalam kalangan ahli.
Secara keseluruhannya, AGM dan lawatan kerja ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran ahli mengenai peranan kesatuan serta kepentingan penglibatan aktif dalam perjuangan bersama.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #MayDay #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now