MEMPERKUKUH SILATURAHIM, MEMBINA KEKUATAN NUBE
“Barangsiapa yang ingin dilapangkan resekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambut silaturahim”.
AJK KLSP yang baru dilantik bagi kawasan Pahang, BC Sdra Mohamad Azrin Mazlan berpegang kuku kepada prinsip asas NUBE ini.
Beliau telah berusaha untuk berjumpa dengan ahli-ahli di daerah:
- Kuala Lipis - Public Bank dan CIMB Bank
- Benta - Public Bank
- Raub - Public Bank, CIMB Bank, UOB Bank, Hong Leong Bank, RHB dan Bank Islam
BC Sdra Azrin juga mengambil peluang ini untuk memupuk semangat dan motivasi kepada rakan-rakan seperjuangan NUBE untuk bersatu demi usaha murni menambah-baik kehidupan generasi yang ada serta yang bakal masuk industri perbankan supaya menjalani kualiti kehidupan bertambah baik.
#NUBEKLSP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #SilaturahimKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #StrongerTogether #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now