27 Apr 2026

BERITA NUBE

 

ILO Sudah Di Malaysia. Mereka Datang Untuk Menilai, Bukan Melawat

ILO sudah berada di Malaysia melalui Technical Advisory Mission (TAM) dari 27 hingga 29 April 2026. Ini bukan lawatan rasmi biasa. Ini adalah misi penilaian terhadap keadaan sebenar hak pekerja di negara ini.

Dalam misi seperti ini, ILO kebiasaannya tidak datang untuk melihat dari jauh. Mereka turun ke lapangan. Mereka bertemu pihak kerajaan, kesatuan pekerja, dan juga majikan.

Mereka akan menilai sama ada undang-undang dan amalan negara selari dengan komitmen di bawah ILO Convention 98.

Di Romania, ILO pernah menghantar Technical Advisory Mission untuk menilai isu berkaitan hak berkesatuan dan rundingan kolektif, serta menggalakkan dialog antara pihak berkepentingan.

Di negara lain, misi seperti ini digunakan untuk memberi nasihat teknikal kepada kerajaan, meneliti aduan pekerja, dan menilai sama ada hak berkesatuan benar-benar dilindungi atau sekadar di atas kertas.

Ini bermakna apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini bukan sekadar diperhatikan. Ia sedang dinilai secara langsung. Dan apabila penilaian berlaku, fakta tidak boleh disembunyikan.

Dalam isu CA20 dan FA, kita telah melihat bagaimana rundingan dipintas, kesatuan dilemahkan, dan mekanisme dalaman diketepikan.

Apa yang berlaku kepada NUBE bukan kes terpencil. Ia adalah gambaran kepada sistem yang kini berada di bawah penilaian antarabangsa.

Segala usaha bekas Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong 沈志强 , untuk mengawal naratif selepas keputusan Mahkamah Tinggi tidak akan mengubah hakikat sebenar.

Di pentas antarabangsa, yang dinilai bukan kenyataan. Yang dinilai adalah tindakan dan keputusan yang telah dibuat.

Kini semua mata tertumpu kepada kerajaan hari ini. Kerajaan MADANI tidak boleh lagi bersembunyi di sebalik alasan.

Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim tidak boleh terus berdiam diri apabila misi ini sedang berjalan di hadapan dunia.

ILO tidak datang untuk mendengar janji.

ILO datang untuk menilai realiti.

Dan realiti itu sedang diuji sekarang.

Persoalannya… apabila penilaian ini selesai, apa yang akan dunia lihat tentang Malaysia?

#ILOTurunKeMalaysia #TAM2026 #HakPekerja #KesatuanKuat #CA20 #FA #KESUMAGagal #WorkersRights #UnionStrong #CollectiveBargaining #ILO98 #MADANIDipantau #OneForAllAllForOne #ILO #MADANI

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]