Silaturahim Ukhuwah, Membina Kejayaan Bersama
AJK KLSP Sdra Nur Muhammad Tamjidullah selaku Ketua Zon Shah Alam melawat Affin Bank Shah Alam, Maybank CACC Seksyen 14 Shah Alam , Bank Islam Shah Alam, CIMB Plaza Azalea Shah Alam dan Public Bank Shah Alam untuk kemaskinikan rekod IRC dan OSH.
Pada masa yang sama, ahli-ahli mengambil peluang bertanya perkembangan rundingan FA dan CA Ke-20, serta isu-isu berbangkit di cawangan masing-masing. Beliau juga memberikan pemahaman mengenai proses aduan rasmi (Grievance) serta OSHA supaya ahli-ahli NUBE memanfaatkan hak-hak mereka ditempat kerja.
Disamping itu, beliau memberikan semangat dan motivasi kepada rakan-rakan seperjuangan NUBE untuk mengimbau kembali perjuangan NUBE dan kekalkan kukuhkan ikatan silaturahim demi kesejahteraan kita bersama.
#NUBEKLSP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #SilaturahimKuat #HakPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #StrongerTogether #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now