14 Apr 2025

BERITA NUBE

 

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN

 

PERGINYA SEORANG NEGARAWAN BERJIWA RAKYAT

NUBE merakamkan ucapan takziah yang paling mendalam kepada seluruh keluarga dan waris YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang telah kembali ke rahmatullah.

Sebagai seorang pemimpin negara, Tun Abdullah dikenang bukan sahaja kerana sifatnya yang tenang dan berhemah, tetapi juga kerana keikhlasannya dalam membela rakyat pekerja.

Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau telah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan Perjanjian Kolektif antara NUBE dan MCBA, sebuah pencapaian besar dalam sejarah perjuangan kesatuan sekerja di negara ini.

Tun adalah sahabat sejati kepada NUBE. Sokongan beliau kepada suara pekerja meninggalkan kesan yang amat mendalam dan kekal dalam ingatan seluruh ahli kesatuan.

Kami berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kekuatan.

ONE FOR ALL, ALL FOR ONE.

Al-Fatihah.

#NUBE #TunAbdullahAhmadBadawi #Condolences #WorkersStruggle #UnionStrong #AlFatihah #OneForAllAllForOne #KesatuanKuat #DoaBuatTun #PerjuanganPekerja #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my