MEMPERKUKUH KESATUAN SEKERJA MELALUI ILMU DAN TINDAKAN KOLEKTIF
PORT DICKSON, 24 NOVEMBER 2026
Program Latihan Kesatuan Sekerja Antarabangsa diteruskan hari ini di Pusat Latihan NUBE dengan pelbagai sesi perkongsian ilmu, perbincangan dan aktiviti praktikal yang melibatkan wakil kesatuan sekerja dari Malaysia dan Indonesia.
Pak Idris Palar berkongsi pandangan mengenai lima prinsip Pancasila serta bagaimana prinsip tersebut diterapkan dalam hubungan perusahaan di Indonesia.
Saudara Kamarul Baharin, Setiausaha Agung MTUC, mengendalikan sesi Recruitment and Organising yang menekankan kepentingan perekrutan ahli dan pengorganisasian dalam memperkukuh kesatuan sekerja serta memperjuangkan keadilan untuk pekerja. Sesi ini mendapat sambutan menggalakkan dengan pelbagai soalan daripada peserta mengenai hak pekerja dan peranan MTUC.
Saudara Yus turut mengendalikan aktiviti permainan interaktif bagi menyegarkan minda dan meningkatkan semangat para peserta.
Encik Adrian Fernandez dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengendalikan sesi Critical Thinking on Online Scams, yang menekankan kepentingan pemikiran kritis dan sikap berwaspada dalam menghadapi ancaman penipuan dalam talian.
Sesi petang yang dikendalikan oleh Penolong Setiausaha Agung NUBE, Saudari A. Karuna, memberi tumpuan kepada Collective Bargaining and Negotiation Skills. Sesi ini mendapat sambutan hangat dengan pelbagai soalan, perbincangan dan aktiviti berkumpulan.
Sesi latihan hari ini memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan keyakinan wakil kesatuan sekerja dalam mengorganisasi pekerja, menjalankan rundingan serta mempertahankan hak dan kepentingan pekerja dengan lebih berkesan.
Ilmu memperkasakan pekerja. Pengorganisasian memperkukuh kesatuan. Solidariti membawa perubahan.
Dua Negara, Satu Suara, Satu Gerakan Pekerja Bank.
#NUBE #NIBA #KSPSI #KesatuanSekerja #HakPekerja #SolidaritiPekerja #RundinganKolektif #LatihanKesatuanSekerja #MalaysiaIndonesia #TradeUnionTraining #TradeUnionSolidarity #WorkersRights #CollectiveBargaining #UnionOrganising #UnionEducation #StrongerTogether
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now