23 Nov 2026

BERITA NUBE

 

DUA NEGARA, SATU SUARA: MENIMBA ILMU, MEMPERKUKUH SOLIDARITI

PORT DICKSON, 23 NOVEMBER 2026

Hari pertama sesi latihan Program Latihan Kesatuan Sekerja Antarabangsa menyaksikan wakil kesatuan sekerja dari Malaysia dan Indonesia berkumpul di Pusat Latihan NUBE untuk menimba ilmu, bertukar pengalaman dan memperkukuh hubungan solidariti antara kedua-dua negara.

Menerusi rakaman ucapan khas, Bro Andi Gani Nena Wea, Presiden Majlis Kesatuan Sekerja ASEAN dan KSPSI, mengucapkan selamat menjalani latihan kepada kedua-dua delegasi. Beliau turut menyatakan hasrat untuk menyambut kedatangan delegasi Malaysia ke Institut Perburuhan baharu KSPSI pada awal tahun hadapan.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon, dan Pak Idris Palar, diikuti penyampaian cenderamata kepada Pak Idris.

Mr Arun Kumar mengendalikan sesi pertama bertajuk Grievance Handling and Representing Members, yang memberi pendedahan praktikal tentang cara mengendalikan aduan di tempat kerja dan mewakili pekerja dengan berkesan. Sesi ini mencetuskan perbincangan hangat apabila peserta kedua-dua negara saling berkongsi pengalaman dan pandangan.

Sesi kedua yang dikendalikan oleh Bro Michael Tan bertajuk Trade Union Rights and Solidarity memberi tumpuan kepada hak kesatuan sekerja, tanggungjawab wakil kesatuan dan kepentingan solidariti. Peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan serta pembentangan mengenai cabaran yang dihadapi pekerja.

Dalam satu sesi tambahan, Saudari Octa dari NIBA BCA Syariah berkongsi mengenai Tunjangan Hari Raya (THR) di Indonesia, sekali gus memberi peluang kepada peserta Malaysia memahami pelaksanaan bantuan perayaan untuk pekerja di negara jiran.

Program hari ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebelum para peserta berkumpul di pantai belakang Pusat Latihan NUBE untuk aktiviti permainan pantai, mengeratkan persahabatan dan semangat solidariti di luar bilik latihan.

Kesatuan sekerja yang kuat terbina melalui ilmu, perkongsian pengalaman dan semangat solidariti.

Dua Negara, Satu Suara, Satu Gerakan Pekerja Bank.

#NUBE #KesatuanSekerja #SolidaritiPekerja #HakPekerja #LatihanKesatuanSekerja #MalaysiaIndonesia #NIBA #KSPSI #TradeUnionSolidarity #WorkersRights #TradeUnionTraining #UnionEducation #CollectiveStrength

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my