NUBE PKP TERUS MEMPERKUKUH HUBUNGAN DENGAN AHLI DI ZON 6!
Alor Setar, Kedah
Sdr Zaini Halidan, pegawai NUBE Penang/Kedah/Perlis (PKP), telah mengadakan lawatan kerja ke tiga cawangan bank yang melibatkan ahli-ahli NUBE di Zon 6:
CIMB Bank Mergong
UOB Alor Setar
Bank Muamalat Souq
Lawatan ini memberi peluang untuk bertemu secara langsung dengan ahli, mendengar pandangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan isu-isu di tempat kerja, di samping memperkukuh hubungan antara kepimpinan kesatuan dengan ahli.
Sdr Zaini turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkembangan semasa perjuangan NUBE serta menggalakkan ahli agar terus bersatu, aktif dalam kegiatan kesatuan dan memainkan peranan dalam mempertahankan hak serta kepentingan bersama.
Kehadiran pegawai NUBE di lapangan mencerminkan komitmen berterusan kesatuan dalam memastikan suara, kebajikan dan kepentingan setiap ahli sentiasa menjadi keutamaan.
KESATUAN YANG KUAT BERMULA DENGAN AHLI YANG BERSATU!
#NUBE #NUBEMalaysia #NUBEPKP #Zon6 #AlorSetar #LawatanKerja #HakPekerja #KebajikanAhli #SuaraPekerja #PerpaduanAhli #SolidaritiPekerja #KesatuanSekerja #BersatuKitaTeguh #BranchVisits #MemberEngagement #WorkersRights #MembersWelfare #WorkersVoice #WorkersUnity #WorkersSolidarity #TradeUnion #StrongerTogether
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now