PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MENDIANG QUAH YEW LIAN Bekas Bendahari NUBE Cawangan PKP
Penang, 10/04/2025 – Perwakilan dari NUBE Cawangan PKP yang diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Sdr Abd Jamil Bin Haji Jalaludeen, telah hadir memberikan penghormatan terakhir hari ini kepada mendiang Quah Yew Lian, bekas Bendahari NUBE PKP, yang telah meninggalkan kita.
Mendiang merupakan seorang tokoh kesatuan yang berdedikasi, berintegriti dan amat komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahli-ahli. Sumbangan dan jasanya sepanjang tempoh perkhidmatan akan terus dikenang oleh seluruh warga NUBE.
Kami merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga mendiang, dan mendoakan agar rohnya bersemadi dengan tenang.
Salam perjuangan & solidariti,
Terima kasih.
#NUBE #WorkersSolidarity #StrongUnion #FinalTribute #RestInPeace #UnionLegend #TributeToBrotherQuah #LegacyOfStruggle #UnionHero #WeRemember #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #PenghormatanTerakhir #RestInPeace #TokohKesatuan #TributeToBrotherQuah #LegasiPerjuangan #WiraKesatuan #KitaTidakLupa
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now