KEJUJURAN CIMB BANK DIALU-ALUKAN DAN AHLI-AHLI NUBE AKAN MEMBANTU PELANGGAN
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) sedar kesulitan yang dihadapi oleh CIMB Bank dan beberapa pelanggannya akibat kesilapan pemprosesan.
Kami percaya masalah ini sedang ditangani dengan secepat mungkin oleh CIMB Bank.
CIMB Bank bertindak jujur apabila mengakui kesilapan pemprosesan.
Sehubungan dengan itu, kami menasihati semua ahli NUBE agar bertenang dan memberikan sokongan penuh kepada CIMB Bank dalam menangani perkara ini.
Anda boleh memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan bahawa CIMB Bank akan menangani kesilapan yang tidak disengajakan ini sebaik yang mungkin dan percaya ia akan diselesaikan tidak lama lagi.
Terima kasih.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now