NILAI
NILAI No. 1 - Cinta, hormati dan benar-benar bertawakal kepada TUHAN. Nilai kita mencerminkan watak kita. Nilai kita membimbing tingkah laku kita dalam semua aspek kehidupan kita, termasuk kehidupan rumahtangga kita, kehidupan kerja kita dan kehidupan sosial kita. Ianya adalah mengenai apa yang penting bagi kita dalam hidup kita. Ia menjadi prinsip panduan peribadi kita. Setiausaha Agung NUBE, Sdra Solomon telah berkongsi tujuh (7) nilai teras peribadinya dalam perutusan Tahun Barunya bersama kami. Sukacita Sembang Pekerja dapat berkongsi nilai Sdra J Solomon dalam tujuh (7) temu bual pendek yang telah kami berpeluang adakan dengan beliau. Besar harapan kami bahawa ia akan memberi inspirasi kepada kita untuk menerapkannya untuk membangunkan diri kita sendiri atau merangka nilai kita sendiri. Hantarkan maklum balas anda kepada kami kepada sembangpekerja@gmail.com
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now