09 Jan 2022

BERITA NASIONAL

 

NUBE CAWANGAN SMJ ANJUR PROGRAM LATIHAN, 'GRASSROOT SEMINAR'

Selepas hampir dua tahun krisis pandemik tanpa latihan, NUBE Cawangan SMJ telah memulakan tahun baharu 2022 dengan aktiviti pendidikan iaitu “Grassroot Seminar", yang berlangsung di Johor semalam, (8 Januari 2022).

Bagi memastikan kejayaan dan kelancaran seminar, Cawangan Kesatuan telah mematuhi dengan ketat SOP Covid-19 kerajaan termasuk penggunaan kit ujian diri untuk semua peserta dan pegawai Cawangan.

Disebabkan oleh SOP, Cawangan Kesatuan juga terpaksa mengurangkan bilangan peserta meskipun permohonan untuk menyertai seminar amat memberangsangkan.

Seminar telah berlangsung dengan jayanya dan semua peserta tidak sabar-sabar menunggu cawangan menganjurkan seminar seterusnya.

Seminar diketuai oleh Setiausaha Cawangan, Bro Tan Eng Hong dan Pengerusi Cawangan, Bro Kamarudin.
 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my