26 Dec 2025

 

 

Ramai pekerja diberitahu bahawa menyewa adalah pilihan lebih murah di Kuala Lumpur

Ramai pekerja diberitahu bahawa menyewa adalah pilihan lebih murah di Kuala Lumpur. Namun data menunjukkan realiti yang jauh berbeza.

Menurut kajian oleh Khazanah Research Institute, gaji median di Kuala Lumpur ialah RM3,687. Dengan menggunakan penanda aras 30% kos perumahan, seorang pekerja hanya mampu menyewa pada kadar sekitar RM700 hingga RM1,100 sebulan.

Namun hakikatnya amat membimbangkan. Daripada 420 projek sewaan yang dianalisis melibatkan apartmen, kondominium dan serviced apartment, hanya 45 projek berada dalam julat mampu milik ini. Kebanyakan unit mampu sewa tertumpu di Batu, Kuala Lumpur, Setapak dan Petaling, manakala bekalan baharu pula didominasi unit bertingkat tinggi dan serviced apartment yang jauh di luar kemampuan pekerja.

Bagi pekerja bank serta keluarga B40 dan M40, mesejnya jelas.

Perumahan bukan sekadar mahal. Ia semakin tidak mampu dicapai.

Apabila gaji statik, sewa terus naik dan bekalan mampu milik gagal berkembang, pekerja terperangkap dalam tekanan kos sara hidup setiap hari. Menyewa tidak boleh dianggap sekadar pilihan sementara. Ia mesti diiktiraf sebagai opsyen perumahan yang sah, dengan harga adil dan perlindungan sebenar.

Pekerja berhak lebih daripada sekadar bertahan.

Pekerja berhak kepada maruah, kestabilan dan sebuah rumah yang selamat.

Baca hantaran penuh Khazanah Research Institute di sini:

https://www.facebook.com/share/p/181ab8TpqH/?mibextid=wwXIfr

Baca analisis penuh di sini:

https://www.krinstitute.org/.../a-quick-look-at-the-kl...

#KosSaraHidup #PerumahanMampuMiliki #SewaBukanMurah #HakPekerja #B40M40 #GajiTakSeiring #MaruahPekerja #HousingJustice #WorkersRights #SolidaritiPekerja

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]