26 Dec 2025

 

 

CA20: APA SEBENARNYA SEDANG BERLAKU

Dengan sokongan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, MCBA yang bertindak atas arahan 17 CEO bank yang psikotik telah menghantar Perjanjian Kolektif ke-20 terus ke Mahkamah Perusahaan, sebelum rundingan pun sempat dimulakan. Mereka gunakan alasan “deadlock” palsu untuk menyingkirkan suara pekerja dari proses.

Apa yang mereka cuba buang dari CA ini bukan perkara kecil. Mereka mahu:

Hapus taklimat kesatuan utk pekerja baru

Sorok CA dari tangan pekerja

Padam Jawatankuasa Bersama

Tolak keselamatan & kebajikan pekerja

Tarik cuti kesatuan

Halang IRC di HQ

Gagal bantu pekerja OKU & mangsa kemalangan

Elak tanggungjawab bila guna kontrak & outsourcing

Hadkan hak bela diri dalam siasatan

Ini bukan rundingan. Ini serangan sistematik terhadap maruah dan hak pekerja.

Dalam hari-hari akan datang, kami akan bongkarkan satu persatu taktik penindasan ini. Biar rakyat tahu. Biar pekerja bersatu.

Nantikan pendedahan penuh.

#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #SuaraPekerja #RejectInterference #ReformasiAtauRetorik #TolakCampurTangan #CA20

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]