02 Sep 2026

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE PERAK DI RHB MENGLEMBU

NUBE PERAK telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bersama ahli-ahli NUBE di RHB Cawangan Menglembu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kesatuan untuk mendekati ahli serta memperkukuhkan hubungan dan semangat kesatuan di tempat kerja. 

NUBE PERAK telah diwakili oleh Sdri. Cheow Suet Fong dan Sdri. Rosliza, yang bersama-sama ahli menjayakan pertemuan tersebut. 

AGM ini menjadi platform penting untuk:

  • Mengeratkan hubungan antara NUBE dan ahli-ahli di cawangan
  • Memberi ruang kepada ahli untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara langsung dengan wakil Kesatuan 
  • Memperkukuhkan semangat kebersamaan dan solidariti dalam kalangan ahli 
  • Menggalakkan penglibatan aktif ahli dalam Kesatuan demi memperkukuhkan suara kolektif pekerja 

NUBE PERAK merakamkan penghargaan kepada semua ahli NUBE di RHB Cawangan Menglembu atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada Kesatuan.

Semangat kebersamaan dan penyertaan ahli merupakan asas kepada sebuah Kesatuan yang kuat. Dengan terus bersatu dan saling menyokong, NUBE akan terus membawa suara serta memperjuangkan kepentingan ahli-ahlinya. 

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBEPERAK #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #MesyuaratAgungTahunan #SuaraAhli #PerpaduanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #AnnualGeneralMeeting #MemberVoice #UnionSolidarity #StrongerTogether #ONEFORALLANDFORONE 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my