31 Aug 2026

BERITA NUBE

 

69 TAHUN, DAN MASIH DIJAJAH. BEZANYA HANYA PADA KULIT PENJAJAH

Saudara-saudari Rakyat Malaysia,

69 tahun, dan masih dijajah.

Bezanya hanya para kulit penjajah.

Kita perlu menanggani kebenaran yang tidak menyenangkan ini.

Benderanya telah berubah.

Bahasanya telah berubah.

Wajah dan warna kulit mereka yang memegang tampuk kuasa juga telah berubah.

Namun begitu, eksploitasi, ketidaksamaan, perpecahan, kawalan terhadap tenaga kerja dan penafian hak masih wujud dalam bentuk yang baharu.

Kita perlu berani berdepan dengan hakikat yang tidak selesa ini: penjajahan mungkin telah berubah wajah, tetapi mekanisme penguasaan masih terus hidup.

Penjajahan itu tidak pernah sekadar mengenai penguasaan tanah.

Pada asasnya, penjajahan adalah tentang kuasa, siapa yang memilikinya, siapa yang menggunakannya dan siapa yang mempunyai keupayaan untuk menentukan naratif yang membentuk kehidupan masyarakat.

Hari ini, kita mungkin tidak lagi melihat tentera menguasai jalan raya atau tempat kerja kita. Namun, kita menyaksikan bentuk penguasaan yang lebih halus melalui kuasa korporat, kuasa kewangan dan kuasa politik.

Kita menyaksikan bagaimana sistem boleh direka untuk memecah-belahkan pekerja, menjadikan mereka bergantung kepada bantuan, mengehadkan pertumbuhan upah atas nama “kadar pasaran”, serta menggunakan pelbagai bentuk teknologi pengawasan dan kawalan untuk memenuhi kepentingan korporat dan politik.

Dalam sistem sedemikian, pekerja sering diberitahu untuk menerima lebih sedikit, bekerja lebih keras dan berasa bersyukur dengan apa yang diberikan.

Kejelasan

Kita jelas bahawa hakikatnya tanpa tiada bank, tiada cawangan, tiada transaksi, tiada keuntungan dan tiada ekonomi.

Maka, apakah yang harus kita lakukan terhadap cara operasi penjajah?

Jawapannya bukan sekadar terletak di meja rundingan.

Kita sudah memahami bahawa perjanjian kolektif, walaupun penting, hanya dirundingkan pada tempoh tertentu, lazimnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Oleh itu, kita mesti memahami bahawa kuasa sebenar pekerja tidak hanya muncul ketika rundingan berlangsung. Kuasa itu mesti digunakan, ditegakkan dan dipertahankan setiap hari. 

Hak tidak akan bermakna jika kita tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankannya.

Dan solidariti tidak akan mempunyai nilai jika ia hanya wujud ketika kita memerlukannya. 

Kita mesti membina, mengamalkan dan memperkukuhkan kuasa kolektif kita, setiap hari. 

Kita perlu ingat bahawa seorang ekerja mungkin boleh diabaikan. Sepuluh pekerja mungkin boleh diugut. Seratus pekerja mungkin boleh ditekan.

Tetapi apabila ribuan pekerja bersatu dengan satu suara, satu tuntutan dan satu tekad, suara itu tidak mudah dibungkam. 

Kita bangkit dan berjuang untuk setiap faedah yang kita nikmati hari bermula dengan lapan jam berkerja sehari, hari rehat, bayaran kerja lebih masa, bonus, cuti tahunan, perlindungan bersalin,

kemudahan pinjaman perumahan sifar peratus,

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan, yang paling asas, hak untuk bekerja dengan maruah.

Para pendahulu kita tidak menunggu kebenaran untuk menuntut keadilan. Mereka bersatu. Mereka mengorganisasi diri. Mereka berdiri bahu-membahu, menentang ketidakadilan. Dan apabila keadaan memerlukan, mereka sanggup menghentikan roda pengeluaran sehingga tuntutan keadilan didengari. 

Hak yang kita nikmati hari ini adalah warisan perjuangan mereka. Tanggungjawab kita adalah memastikan warisan ini tidak hilang.

Syukur Alhamdulillah, kita mempunyai NUBE; sebuah kesatuan sekerja yang bebas, berprinsip dan berani berdiri teguh mempertahankan hak pekerja. 

NUBE yang ditempa melalui perjuangan, diperkukuh oleh perpaduan dan digerakkan oleh semangat solidariti sentiasa membimbing serta memperkasa pekerja supaya mampu memahami hak mereka dan mempertahankannya dengan keyakinan.

Justeru, kita sendiri mesti memiliki semangat, ketabahan, keberanian dan kesedaran kolektif untuk mempertahankan hak kita, sama ada berhadapan dengan majikan mahupun kerajaan.

Reformasi Bermula Dengan Kita. 

Ia bermula apabila kita memandang seorang pekerja di sebelah kita dan berkata:

“Kamu tidak bersendirian. Aku bersamamu.” 

Ia bermula apabila kita enggan menerima gaji yang tidak bermaruah, keadaan kerja yang tidak selamat dan peraturan yang tidak munasabah.

Ia bermula apabila kita bersedia mengemukakan aduan dan tuntutan secara bersama serta berdiri di barisan piket, di bawah terik matahari atau hujan yang mencurah. 

Kita adalah asas kepada setiap gerakan perubahan.

Maka, marilah kita menjadi pemangkin perubahan dalam industri perbankan. 

Biarlah 31 Ogos 2026 ini menjadi titik permulaan kepada reformasi yang sebenar, sebuah langkah ke arah kemerdekaan yang lebih bermakna dan keadilan yang lebih nyata untuk pekerja serta seluruh rakyat Malaysia. 

  • Hidup Pekerj
  • Hidup NUBE.
  • ​Hidup Malaysia. 

#HariMerdeka #HariKebangsaan #Merdeka69 #MalaysiaMerdeka #KemerdekaanSebenar #HakPekerja #MaruahPekerja #KuasaPekerja #SolidaritiPekerja #KesatuanSekerja #KeadilanEkonomi #WorkersRights #WorkersDignity #WorkersPower #WorkerSolidarity #EconomicJustice #TradeUnion #WorkersUnited #NUBE #UnityIsStrength #StrengthIsVictory

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my