TINDAKAN NUBE SMJ SUSULAN LAPORAN AHLI DI MAYBANK TAMAN MOLEK
NUBE telah menerima laporan daripada ahli berkenaan isu surau perempuan di Maybank Taman Molek.
Susulan daripada laporan tersebut, NUBE telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan serta mengadakan lawatan ke cawangan bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai isu yang dibangkitkan.
Tindakan dan perkembangan isu
- NUBE menerima aduan daripada ahli berkaitan kemudahan surau perempuan.
- Siasatan dan lawatan ke cawangan telah dilakukan bagi memahami keadaan sebenar serta mendapatkan maklumat berkaitan isu tersebut.
- Hasil daripada tindakan dan perbincangan yang dijalankan, isu berkaitan surau perempuan telah berjaya diselesaikan.
- Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan bagi menyediakan ruang surau yang sesuai untuk kakitangan wanita, sekali gus memastikan kemudahan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan memenuhi keperluan mereka.
NUBE akan terus mengambil berat terhadap kebajikan dan keselesaan ahli serta memastikan setiap isu yang dibangkitkan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya.
Suara ahli didengar, kebajikan ahli terus diperjuangkan.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #KebajikanAhli #HakPekerja #SuaraAhli #PrihatinAhli #KeselesaanPekerja #TindakanNUBE #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #MemberWelfare #MemberVoice #WorkplaceWelfare #NUBEInAction #StrongerTogether #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now