26 Aug 2026

BERITA NUBE

 

MESYUARAT BERSAMA AHLI NUBE KLSP DI PUBLIC BANK RAWANG

19 Ogos 2026

NUBE KLSP telah mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli NUBE di Public Bank Rawang sebagai platform untuk berkongsi pandangan, mendapatkan penjelasan serta membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pekerja dalam industri perbankan.

Mesyuarat ini telah diketuai oleh Ketua Zon H, Sdr. Mohd Rahmat, dengan dibantu oleh Sdr. Mohd Fauzie dan Sdr. Muhammad Tamjidullah.

Antara perkara yang dibincangkan:

  1. Isu-isu semasa dalam sektor perbankan serta cabaran yang dihadapi oleh pekerja
  2. Perkembangan perjuangan NUBE dalam mempertahankan hak, kepentingan dan kebajikan ahli
  3. Kepentingan perpaduan, solidariti dan penglibatan aktif ahli dalam membina sebuah Kesatuan yang lebih kukuh
  4. Kepentingan memahami hak sebagai pekerja dan ahli Kesatuan serta sentiasa peka terhadap sebarang perubahan atau arahan yang boleh memberi kesan kepada tugas, kebajikan dan masa depan pekerja
  5. Kepentingan mematuhi prosedur dan polisi di tempat kerja serta mengutamakan integriti dan akauntabiliti dalam menjalankan tanggungjawab

Ahli turut diingatkan supaya tidak berdiam diri apabila berhadapan dengan sebarang isu, tekanan atau perkara yang dirasakan tidak wajar di tempat kerja. Sebarang permasalahan hendaklah disalurkan melalui saluran yang betul supaya NUBE dapat memberikan bantuan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pertemuan seperti ini bukan sekadar sesi penerangan, tetapi merupakan ruang penting untuk mendengar suara ahli, memahami cabaran di tempat kerja dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam perjuangan Kesatuan.

NUBE akan terus komited untuk berdiri bersama ahli serta memastikan hak, kepentingan, kebajikan dan maruah pekerja terus dipertahankan. Kekuatan NUBE terletak pada kesatuan ahlinya. Selagi kita bersatu, peka dan berani mempertahankan hak, suara pekerja akan terus menjadi lebih kuat.

BERSAMA NUBE KITA KUAT.

NUBE – BERSAMA PEKERJA, MEMPERTAHANKAN HAK DAN MARUAH PEKERJA.

#NUBEKLSP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #MaruahPekerja #SuaraPekerja #Integriti #Akauntabiliti #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #WorkersWelfare #WorkersDignity #MemberVoice #Integrity #Accountability #StrongerTogether #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my