LAWATAN KERJA NUBE KT KE CIMB TANAH MERAH, KELANTAN
NUBE Kelantan/Terengganu (NUBE KT) telah mengadakan lawatan kerja ke CIMB Tanah Merah, Kelantan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekati ahli, mendengar suara mereka serta berkongsi perkembangan terkini berkaitan hak dan kebajikan pekerja.
Lawatan ini telah dihadiri oleh Setiausaha Cawangan NUBE KT, Sdr. Mohd Azizul Bin Fouzi, bersama Pegawai Perhubungan Perusahaan (IR), Sdr. Helmie Bin Ahmad, yang berpeluang bertemu dan mengadakan sesi dialog secara langsung bersama ahli-ahli NUBE di cawangan tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Isu-isu semasa yang dihadapi oleh ahli di tempat kerja
- Hak-hak pekerja serta kepentingan memahami dan mempertahankan hak tersebut
- Perkembangan dan penerangan terkini mengenai Collective Agreement (CA)
- Perkembangan berkaitan Festival Aid (FA) serta perkara-perkara yang melibatkan kepentingan ahli
- Kepentingan solidariti, perpaduan dan semangat kebersamaan dalam memperkukuhkan Kesatuan
Sesi dialog berlangsung secara terbuka dan membina, memberikan ruang kepada ahli untuk berkongsi pandangan, menyuarakan permasalahan serta mendapatkan penjelasan mengenai hak dan kepentingan mereka sebagai pekerja. NUBE KT kekal komited untuk memastikan suara setiap ahli didengari dan hak pekerja terus dipertahankan.
Pertemuan ini turut menekankan bahawa kekuatan NUBE terletak pada kesatuan dan solidariti ahlinya. Apabila ahli berdiri bersama dengan satu suara dan satu matlamat, Kesatuan menjadi lebih kukuh dalam mempertahankan hak, kepentingan dan kebajikan seluruh pekerja.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #SuaraAhli #PerjanjianKolektif #BantuanPerayaan #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #CollectiveAgreement #FestivalAid #MemberVoice #StrongerTogether #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now