KESATUAN TIDAK MEMILIH KERAJAAN. KESATUAN MEMILIH UNTUK SENTIASA MEMPERTAHANKAN PEKERJA
Setiap kali tiba pilihan raya, pelbagai janji akan ditaburkan dan pelbagai slogan akan dilaungkan. Namun bagi NUBE, pendirian kami tidak pernah berubah.
Kesatuan tidak memilih kerajaan. Kesatuan memilih untuk sentiasa mempertahankan pekerja, tidak kira siapa yang memegang kuasa.
Selama ini, NUBE berunding dengan penuh tanggungjawab dan itikad baik. Kami menghormati undang-undang, menghormati Mahkamah dan menghormati setiap proses. Namun sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, pekerja telah melihat sendiri bagaimana suara mereka semakin dilemahkan, hak mereka semakin dipinggirkan dan perjuangan mereka semakin sukar didengari.
Apabila Kerajaan PH memilih untuk melemahkan suara pekerja, NUBE tidak akan berdiam diri.
Kesetiaan NUBE bukan kepada mana-mana parti politik. Kesetiaan NUBE adalah kepada pekerja. Itulah sebabnya NUBE turun padang melalui JELAJAH NUBE: KO NOGOGHI! Bukan untuk memberitahu ahli bagaimana mereka harus mengundi, tetapi untuk memastikan setiap pekerja mengetahui fakta, memahami apa yang telah berlaku dan membuat pilihan berdasarkan pengalaman sendiri, bukan sekadar janji ketika musim pilihan raya.
Pilihan raya negeri menentukan siapa yang mentadbir negeri. Namun setiap pilihan raya juga menghantar mesej kepada mereka yang memegang kuasa. Kerajaan datang dan pergi, tetapi maruah pekerja mesti sentiasa dipertahankan.
Mana-mana kerajaan yang menghormati pekerja akan sentiasa mendapat penghormatan pekerja. Mana-mana kerajaan yang memilih untuk melemahkan suara pekerja pula mesti bersedia mendengar suara pekerja.
Pekerja tidak boleh terus memberi mandat tanpa menuntut akauntabiliti. Undi bukan sekadar memilih kerajaan. Undi ialah suara rakyat. Gunakanlah supaya mereka yang memegang kuasa tahu bahawa suara pekerja tidak boleh dipandang ringan.
Bersatu Kita Teguh. Bersatu Kita Menang.
#JelajahNUBE #KoNogoghi #SuaraPekerja #HakPekerja #PekerjaBersatu #Akauntabiliti #WorkersVoice #WorkersRights #Accountability #VoteWithKnowledge #TradeUnion #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now