LAWATAN KERJA DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE KT DI BANK ISLAM CAWANGAN KUBANG KERIAN, KELANTAN
NUBE Kelantan/Terengganu (NUBE KT) telah mengadakan lawatan kerja dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Bank Islam Cawangan Kubang Kerian, Kelantan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan kesatuan dan ahli, di samping membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan, hak pekerja dan perkembangan semasa dalam industri perbankan.
Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Sdri. Mardiana Binti A. Rahim, Setiausaha Cawangan, Sdr. Mohd Azizul Bin Fouzi, dan Ahli Jawatankuasa, Sdri. Siti Khadijah Binti Ya, bersama ahli-ahli NUBE di cawangan berkenaan.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu bagi memperkukuhkan perwakilan ahli
- Perkembangan terkini mengenai Collective Agreement (CA) serta hak-hak pekerja yang diperuntukkan di bawah CA
- Isu-isu semasa yang memberi kesan kepada pekerja sektor perbankan
- Peranan NUBE dalam mempertahankan hak, kebajikan dan kepentingan ahli
- Kepentingan perpaduan, solidariti dan penglibatan aktif ahli dalam memperkukuhkan Kesatuan
Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang terbuka dan membina, memberikan peluang kepada ahli untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta membangkitkan isu-isu di tempat kerja. Pendekatan komunikasi dua hala ini mencerminkan komitmen NUBE dalam memastikan setiap suara ahli didengari dan setiap isu diberi perhatian sewajarnya.
NUBE KT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Tahniah juga diucapkan kepada barisan IRC yang baharu dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan tanggungjawab demi memperkukuhkan suara pekerja serta memastikan hak dan kebajikan ahli terus dipelihara.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #MesyuaratAgungTahunan #PerjanjianKolektif #PerwakilanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #AnnualGeneralMeeting #CollectiveAgreement #EmployeeRepresentation #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now