MESYUARAT TAHUNAN AHLI NUBE KLSP BERSAMA AHLI OCBC BANK CAWANGAN KEPONG
NUBE KLSP telah berjaya mengadakan Mesyuarat Tahunan Ahli bersama ahli-ahli NUBE di OCBC Bank Cawangan Kepong sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh komunikasi, menyampaikan perkembangan terkini Kesatuan serta membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan ahli.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Yushamizan Bin Yusoff, Naib Pengerusi NUBE KLSP, dengan dibantu oleh Sdr. Nur Muhammad Tamjidullah, Ahli Jawatankuasa NUBE KLSP.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Penerangan mengenai Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA)
- Penjelasan mengenai artikel-artikel penting dalam Perjanjian Kolektif
- Perbincangan isu-isu semasa yang melibatkan cawangan
- Pelantikan Industrial Relations Committee (IRC)
Sesi soal jawab berlangsung secara aktif dan terbuka, memberikan peluang kepada ahli untuk mengemukakan pertanyaan, berkongsi pandangan serta mendapatkan penjelasan secara langsung daripada wakil NUBE KLSP mengenai isu-isu yang dibangkitkan.
NUBE KLSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli NUBE OCBC Bank Cawangan Kepong atas sambutan yang mesra, komitmen dan sokongan yang diberikan. Semoga semangat perpaduan ini terus diperkukuhkan dalam usaha mempertahankan hak, kebajikan dan masa depan seluruh pekerja industri perbankan.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBEKLSP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerjanjianKolektif #PerwakilanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #CollectiveAgreement #EmployeeRepresentation #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now