LAWATAN KERJA NUBE SMJ KE BANK ISLAM CAWANGAN AYER KEROH
NUBE SMJ telah mengadakan lawatan kerja ke Bank Islam Cawangan Ayer Keroh, Melaka, yang turut melibatkan sesi pendaftaran ahli baharu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh hubungan dengan ahli serta memperluaskan keanggotaan Kesatuan.
Lawatan ini telah disertai oleh Sdr. Aznor (Bendahari NUBE SMJ), Sdr. Shahalam (Jawatankuasa Cawangan), Sdr. Md Nor (Jawatankuasa Kerja) dan Sdr. Mohd Hafizi (Jawatankuasa Kerja).
Antara perkara yang dibincangkan:
- Sesi suai kenal bersama pengurusan dan warga kerja bagi mengeratkan hubungan antara Kesatuan dan pekerja
- Penerangan mengenai struktur organisasi, peranan serta fungsi NUBE dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja
- Perkongsian perkembangan terkini mengenai perjuangan dan isu-isu semasa Kesatuan
- Sesi pendaftaran ahli baharu bagi memperkukuh kekuatan dan solidariti NUBE
Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang mesra dan terbuka, memberi peluang kepada ahli untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan Kesatuan dan isu-isu di tempat kerja.
NUBE SMJ merakamkan penghargaan kepada semua ahli dan kakitangan yang telah memberikan kerjasama sepanjang lawatan ini. Sokongan berterusan daripada ahli menjadi pemangkin kepada usaha NUBE untuk terus memperjuangkan hak, kebajikan dan masa depan pekerja sektor perbankan.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #AhliBaharu #PerkasaKesatuan #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #NewMembers #StrongerTogether #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now