LAWATAN KERJA NUBE PKP KE MAYBANK ISLAMIC LIMBUNGAN INDAH & MAYBANK AFC LIMBUNGAN INDAH
NUBE PKP, melalui Sdri. Nur Marjaan Binti Abdul Hamid dan Sdr. Mohd Ayup Bin Abdul Razak, telah mengadakan lawatan kerja ke Maybank Islamic Limbungan Indah dan Maybank AFC Limbungan Indah bagi bertemu ahli, memperkukuhkan hubungan serta berkongsi maklumat berkaitan hak pekerja, kebajikan dan perkembangan semasa industri perbankan.
Antara perkara yang dikongsikan:
- Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) dalam mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat
- Kesedaran mengenai hazard psikososial, kesejahteraan mental, pengurusan tekanan serta keseimbangan kerja dan kehidupan
- Cabaran semasa industri perbankan serta kepentingan mengekalkan disiplin, integriti dan profesionalisme di tempat kerja
- Hak dan perlindungan ahli di bawah Perjanjian Bersama NUBE–MCBA Ke-19, serta kepentingan memahami manfaat yang telah diperjuangkan oleh kesatuan
Lawatan ini turut memberi peluang kepada ahli untuk berkongsi pandangan, membangkitkan isu-isu di tempat kerja serta mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha berterusan NUBE dalam mempertahankan hak dan kebajikan pekerja.
NUBE PKP akan terus mendekati ahli, memperjuangkan keselamatan, kesihatan, kebajikan dan hak pekerja, serta memastikan setiap ahli sentiasa mendapat sokongan dan pembelaan daripada kesatuan.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KeselamatanPekerjaan #OSHA #KesihatanMental #KebajikanPekerja #HakPekerja #WorkersUnity #WorkplaceSafety #MentalWellbeing #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now