RUNDINGAN YANG SIHAT MEMERLUKAN PRINSIP
Rundingan kolektif bukan sekadar proses tandatangan perjanjian atau perdebatan angka. Ia adalah asas kepada keadilan dalam dunia pekerjaan. Ia menentukan bagaimana hasil yang dicipta bersama diagihkan secara adil. Tanpa prinsip yang jelas, rundingan mudah tersasar dan kepercayaan akan terhakis.
• Ia soal keadilan dalam pengagihan hasil.
• Ia soal keseimbangan kuasa.
• Ia soal kepercayaan dan good faith.
• Ia mesti bersifat sukarela, bukan dipaksakan.
• Kerajaan memudahcara, bukan mengawal.
Apabila prinsip dihormati, konflik berkurang dan hubungan jangka panjang dapat dibina.
Kini rundingan telah kembali ke meja perbincangan.
Tanggungjawab semua pihak adalah memastikan proses ini berjalan dengan matang, jujur dan berlandaskan prinsip.
Kita tidak mencari pertelingkahan.
Kita menuntut proses yang adil.
#NUBE #CA20 #FA #RundinganKolektif #CollectiveBargaining #ProsesYangAdil #KeadilanPekerja #HubunganIndustri #WorkersJustice #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now