Kuala Rompin, 16 June 2025
Suasana penuh semangat dan kesatuan mewarnai Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bagi Bank Islam Cawangan Kuala Rompin, yang berlangsung dengan lancar dan penuh makna di Bilik Mesyuarat Utama cawangan berkenaan petang ini.
Kehadiran para ahli kesatuan yang berdedikasi jelas mencerminkan tahap kesedaran tinggi terhadap peranan NUBE sebagai benteng perjuangan hak pekerja. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Bro Mohd Faisal Hussin, dan turut mendapat suntikan sokongan daripada AJK NUBE (KLSP), Bro Muhammad Nizar, yang bersama-sama menjayakan sesi penting ini .
Antara agenda utama yang menjadi tumpuan:
Penegasan semula peranan dan fungsi NUBE dalam memperjuangkan hak pekerja bank peringkat perkeranian dan bukan perkeranian;
Laporan perkembangan terkini mengenai rundingan Perjanjian Kolektif (CA) ke-20 serta Perjanjian Persekutuan (FA);
Perbincangan isu-isu semasa di peringkat cawangan serta cadangan solusi proaktif demi kesejahteraan ahli.
Dalam ucapan yang menyuntik semangat , Bro Mohd Faisal menekankan bahawa perpaduan dan solidariti adalah teras kekuatan kesatuan dalam menghadapi cabaran industri perbankan yang semakin mencabar . Beliau menggesa setiap ahli agar terus memainkan peranan aktif , menyokong inisiatif NUBE di pelbagai peringkat dan menjadi agen perubahan yang berani bersuara .
Mesyuarat ini melabuhkan tirainya pada jam 6.30 petang , setelah semua agenda dibentang dan dibahas dengan penuh profesionalisme dan semangat kerjasama . Kesimpulannya, sesi ini bukan sahaja memperkukuh hala tuju perjuangan kesatuan , malah menjadi pemangkin kepada gerakan pekerja yang lebih padu dan berdaya tahan .
#NUBEMalaysia #BankIslamKualaRompin #WorkersUnion #AGM2025 #UnionSolidarity #WorkersRights #VoiceOfWorkers #StrongerTogether #NUBESpirit #KesatuanPekerja #MesyuaratAgung2025 #SolidaritiPekerja #PerjuanganHakPekerja #SuaraPekerja #GerakanPekerja #NUBESolidarity
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now