AKTIFKAN DIRI BERSAMA KESATUAN - LAWATAN KERJA ZON 5 NUBE PKP
Sungai Petani, 9 April 2025 - Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sdri Siti Haryati Kamal, telah mengunjungi beberapa cawangan bank di Sungai Petani ketika lawatan kerja pada hari ini. Antara cawangan bank tersebut ialah:
Bank Islam Sg Petani
MBSB Bank Sg Petani
UOB Bank Sg Petani
Tujuan utama lawatan adalah untuk menyampaikan jemputan secara langsung kepada ahli-ahli NUBE untuk menghadiri General Meeting yang akan dihadiri oleh Setiausaha Agong NUBE Malaysia pada hari Ahad, 13 April 2025.
Sdri Siti Haryati Kamal juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan ahli-ahli NUBE di setiap cawangan dan menyeru agar semua ahli dapat meluangkan masa untuk hadir ke General Meeting yang akan datang.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua ahli kepada NUBE. Tambahnya lagi, semangat solidariti perlu diperkukuhkan di kalangan ahli bagi memastikan NUBE dapat terus memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja bank dengan lebih efektif.
Ahli-ahli memberikan respon yang positif dan menggalakkan. Mereka juga menyatakan komitmen untuk hadir ke General Meeting dan terus menyokong perjuangan NUBE.
Ayuh semua ahli NUBE, mari kita bersama-sama hadir ke General Meeting pada hari Ahad, 13 April 2025 dan tunjukkan sokongan padu kita kepada kesatuan!
#NUBE #WorkersSolidarity #StrongUnion #WorkersRights #UnionStrong #NUBEPKP #GeneralMeeting2025 #WeStandTogether #BankingUnion #SupportYourUnion #Zone5NUBE #SungaiPetani #TogetherWeRise #UnitedWeFightWeWin #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #NUBEPKP #GeneralMeeting2025 #KitaJagaKita #BankingUnion #SupportTheUnion #Zon5NUBE #SungaiPetani #TogetherWeRise #BersatuBerjuangMenang
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now