NUBE PKP MEMPERKUKUH HUBUNGAN DENGAN AHLI MELALUI LAWATAN KERJA
Pada 25 Mac 2025, NUBE PKP telah mengadakan lawatan kerja ke Seberang Jaya dan Auto City, Pulau Pinangsebagai satu inisiatif untuk mengukuhkan ikatan dengan ahli-ahli dan mendengar secara langsung isu-isu yang memberi kesan kepada kebajikan mereka di tempat kerja.
Lawatan ini dikendalikan oleh AJK Cawangan Sis Nur Marjaan, Bro Shukri, dan AJK Kerja Bro Zulkifli, dan disertai oleh Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sis Siti Haryati pada sesi petang.
Bank yang dilawati termasuk:
Standard Chartered Bank Auto City
RHB Bank Auto City
Hong Leong Bank Auto City Juru
Bank Islam Butterworth
Public Bank (HP CTR) Butterworth
UOB Bank Butterworth
Fokus utama lawatan kali ini:
Menekankan kepentingan perpaduan dan solidariti antara ahli dan kepimpinan
Menggalakkan ahli untuk melapor segera sebarang isu, khususnya yang melibatkan pengendalian tunai
Penolakan tegas terhadap e-Learning dan aktiviti sosial bank yang dilaksana tanpa persetujuan kesatuan, walaupun pelbagai taktik kotor digunakan oleh Bank dan MCBA
Ahli-ahli beriltizam untuk kekal bersatu dan aktif bersama NUBE dalam memperjuangkan hak mereka!
SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU!
#NUBE #NUBEPKP #BranchVisit #UnionStrong #WorkerSolidarity #BankingUnion #RejectELearning #DefendWorkersRights #StrongerTogether #OneForAllAllForOne #LawatanKesatuan #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #TolakE_Learning #StopUnionBusting #BankingUnion
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now