Petisyen Tandatangan #HapusCajRM1 di Masjid Kapitan Keling Mendapat Sambutan Hangat
Pulau Pinang, 15/03/2025 – Kempen Satu Juta Tandatangan #HapusCajRM1 berlangsung meriah di perkarangan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang , dengan sambutan hangat daripada orang ramai!
Kempen ini diketuai oleh Bendahari NUBE PKP, Sis Harinder bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Esawaran, dengan bantuan Sdr Arjunan dan Sdri Marjaan, bertujuan mengumpul 1 juta tandatangan bagi mendesak pemansuhan caj RM1 yang dikenakan untuk setiap transaksi pengeluaran wang melalui ATM MEPS .
Sepanjang kempen, pasukan giat mengedarkan risalah dan mengumpul tandatangan daripada rakyat sebagai tanda sokongan terhadap usaha ini.
Kempen ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain dalam masa terdekat untuk memperluaskan sokongan rakyat dan memastikan pihak berkuasa mendengar suara rakyat!
Jangan diam! Tandatangan & sebarkan petisyen sekarang! www.change.org/HapusCajRM1
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #Ramadhan
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now