16 Mar 2025

BERITA NUBE

 

Majlis Berbuka Puasa di Temerloh – Solidariti & Perjuangan

Salam NUBE! Apa khabar semua?

Kali ini, NUBE KLSP membawa cerita berkenaan Majlis Berbuka Puasa yang penuh bermakna. Tahun ini, warga KL-Selangor berkunjung ke Temerloh, khususnya ke Restaurant Saiful di Dataran Patin Tg Keramat, Kampung Bangau, Temerloh, Pahang.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran lebih 50 orang ahli bersama keluarga masing-masing serta tetamu khas, MP Temerloh, YB Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor.

Ucapan Penting:

Pengerusi KLSP, Sdra J Solomon, mengingatkan kita tentang ukhuwah solidariti, perjuangan kesatuan, dan tuntutan hak pekerja. Beliau turut menegaskan tentang penindasan oleh Hong Leong Bank dan HSBC Bank, yang mengabaikan kebajikan pekerja Islam serta isu eLearning yang bukan sebahagian daripada terma pekerjaan kita.

MP Temerloh, YB Puan Hajah Salamiah, menekankan prinsip “menahan keinginan” dalam bulan Ramadan.

Dalam perjuangan kesatuan juga, kita tidak boleh berdiam diri terhadap penindasan, sebaliknya kita mesti bersatu dan berjuang demi hak pekerja dan rakyat Malaysia.

Contoh kejayaan perjuangan kesatuan? Cuti bersalin 90 hari yang kini menjadi undang-undang minimum untuk semua wanita di Malaysia. Pada tahun 2010, NUBE memperjuangkan hak ini melalui kempen tandatangan di seluruh negara.

Hari ini, banyak lagi faedah yang diperjuangkan oleh NUBE telah dinikmati oleh lebih ramai pekerja bank!

Ibarat menanam sudah dituai,
Ibarat belayar telah sampai ke pelabuhan,
Ibarat berjalan telah sampai ke destinasi...

Majlis Berbuka Puasa di Temerloh berakhir dengan sempurna pada jam 10:00 malam, mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli dan keluarga.

Solidariti Selamanya!

#NUBE #WorkersSolidarity #WorkersRights #UnionStrong #RamadhanKareem #JusticeForWorkers #IndependentUnion #90DaysMaternityLeave #WeStandTogether #SolidaritiPekerja #HakPekerja #KesatuanKuat #RamadhanKareem #JusticeForWorkers #UnionStrong #BersatuBerjuangMenang #90HariCutiBersalin #WeStandTogether

 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my