LAWATAN KERJA ZON 1 GEORGETOWN , NUBE PKP
Georgetown,Pulau Pinang 12 Mac 2025 - Ahli - ahli Nube di UOB Bank Lebuh Bishop dan CIMB Bank Prangin Mall telah menerima kunjungan dari Pengerusi NUBE PKP iaitu Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen dan AJK Cawangan Sdra T.Eswaran bersama Sdra Arjunan Murti.
Antara intipati perbincangan lawatan kerja yang dilakukan pada hari ini ialah:-
Bagaimana mendepani cabaran dalam pekerjaan
Ketahui hak anda sebagai pekerja dan ahli kesatuan
Kempen Pemansuhan Caj RM1 ATM
Peka info semasa dari Kesatuan
Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan setiap keputusan yang diambil sekiranya terdapat sebarang perubahan sedang dilaksanakan oleh Majikan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan , tekanan atau diskriminasi.
Mengetahui hak-hak anda adalah langkah pertama dalam memastikan keadilan di tempat kerja!
#NUBE #HakPekerja #KesatuanKuat #SolidaritiPekerja #LawatanKerjaNUBE #HapusCajRM1 #PekerjaBankBersatu #TolakPenindasan #KeadilanUntukPekerja #StrongerTogether #WorkersRights #UnionStrong #WorkersSolidarity #NUBEWorkingVisit #AbolishRM1ATMFee #BankWorkersUnite #StopExploitation #JusticeForWorkers
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now