HARI SIFAR DISKRIMINASI SEDUNIA: MAYBANK, HENTIKAN DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA MALAYSIA!
Pada hari yang sepatutnya meraikan keadilan, Maybank—sebuah GLC Malaysia—MENDEDAHKAN DISKRIMINASI SENDIRI! Pekerja junior di Singapura menerima SGD$1,250 (RM4,136) sebagai bantuan kos sara hidup, tetapi pekerja di Malaysia masih DINAFAIKAN Bantuan Perayaan (FA) yang dijanjikan!
Maybank mencatat keuntungan RM10.09 BILION, dengan Maybank Singapura meraih $702.2 juta.
Mereka boleh memberi bantuan kepada pekerja luar negara, tetapi pekerja Malaysia—yang MEMBINA Maybank—terus dipinggirkan?
"Mewujudkan tempat kerja yang menyokong dan menghargai pekerja adalah kunci kepada strategi modal insan kami," kata CEO Maybank Singapura. Tetapi kenapa strategi ini tidak diguna pakai untuk pekerja Malaysia?
Hari ini adalah Hari Sifar Diskriminasi Sedunia—tetapi kenapa Maybank terus mendiskriminasi pekerjanya sendiri?
Mengapa GLC Malaysia lebih mengutamakan pekerja luar negara berbanding rakyatnya sendiri?
KONGSIKAN! BONGKARKAN KETIDAKADILAN INI! PEKERJA MALAYSIA LAYAK DILAYAN DENGAN ADIL!
#MaybankTakIkhlas #ZeroDiscriminationDay #JusticeForWorkers #TuntutKeadilan #HormatPerjanjian #KeadilanUntukPekerja #TuntutKeadilan #HormatPerjanjian #NUBE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now