10 Feb 2025

BERITA NUBE

 

MOH SUARA RAKYAT PAHANG UNTUK HAPUS CAJ RM1 ATM

Alhamdulillah! Kempen Hapus Caj RM1 kini telah menjejak kaki buat pertama kali di Pahang, khususnya di Kuantan. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan ini menunjukkan rakyat bersatu hati dalam menyokong usaha NUBE #hapuscasrm1 dan memastikan semua lapisan masyarakat menerima manfaat dari usaha ini.

Tarikh: 8 Februari 2025 (Sabtu)

Masa: 6.00 petang - 7.30 malam

Lokasi:

Pasar Malam UTC

Phg Vintage Festival 10.0 (PVF), Dataran Stadium Darul Makmur

Premis perniagaan sekitar Stadium Darul Makmur & bangunan UTC Pahang

Dalam tempoh singkat, kami berjaya mengumpulkan hampir 200 tandatangan sebagai tanda sokongan daripada masyarakat Kuantan terhadap usaha menghapuskan caj RM1 untuk pengeluaran tunai di ATM.

Mengapa rakyat menyokong kempen ini?

Peniaga: “Saya sokong kempen ini kerana saya tak lihat munasabahnya, saya membayar untuk keluarkan wang saya sendiri. Lagipun Ekonomi sekarang membebankan, jadi perlu hapuskan caj-caj tersembunyi seperti ini.”

Pelajar Universiti: “Duit yang ada sangat terhad. Pengeluaran tunai di ATM dikenakan caj, sedangkan kami tiada sumber pendapatan. Kami sokong kempen ini!”

Pengunjung Pasar Malam: “Kos sara hidup semakin meningkat. Harap kempen ini berjaya dilaksanakan dan caj pengeluaran ATM dihapuskan bagi kurangkan beban kami.”

Kempen ini telah tersebar jauh ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia! Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada NUBE bagi kesedaran ini, kepada semua sukarelawan di kalangan ahli-ahli NUBE, khususnya di Pahang, yang telah bertungkus-lumus memastikan kempen ini sampai kepada masyarakat. Keprihatinan dan semangat anda semua amat kami hargai!

Perjuangan masih belum selesai!

Teruskan menyokong Kempen Hapus Caj RM1 demi kesejahteraan ekonomi kita semua.

Hapuskan monopoli kuasa besar yang mengaut keuntungan hasil dari kesengsaraan rakyat di Malaysia.

Tandatangani petisyen di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1 Kongsi dengan rakan & keluarga! Bersama, kita kuat!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #NubeKLSP #PahangSolidarity #Kuantan

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]